Topics
Tidak
sempurnanya perkembangan janin di dalam kandungan ibu atau bayi meninggal dunia
sebaik sahaja dilahirkan. Keadaan-keadaan ini berpunca dari kelemahan sel-sel
dalam otak ibu yang berperanan dalam pembentukan bayi. Kelemahan dalam otak ibu
kebanyakannya disebabkan oleh tekanan mental, keputihan, dan suasana rumah yang
tidak menyenangkan. Penggunaan ubat-ubatan yang kuat, tidak sesuai atau
berlebihan semasa kehamilan juga boleh menyebabkan keadaan ini.
Di samping
mengatasi sebab-sebab tersebut, azimat Ummuṣ-Ṣibyān (yang telah diterangkan pada permulaan kitab)
hendaklah ditulis pada kertas licin berwarna kuning dan dipakai oleh ibu di
leher sejak awal masa kehamilan. Setiap setiap hari Kamis pada waktu sore,
azimat itu hendaklah diasapkan dengan kemenyan tanpa mengeluarkannya dari
sarung kainnya. Selepas kelahiran, ibu hendaklah menanggalkan azimat itu dari
lehernya dan memakaikannya kepada bayi.