Topics

Menjadikan Wajah Cantik dan Menarik

 

Sesetengah wajah tidak mempunyai kecacatan tetapi tetap kurang menarik perhatian. Keadaan ini kadangkala menyebabkan seseorang mengalami rasa rendah diri.

Tuliskan naqsh dengan tinta hitam berkilat yang berkualiti pada kertas putih jenis kertas gambar ukuran folio dan bingkaikan.

Sebelum tidur, lihat naqsh yang telah dibingkaikan itu dari jarak tiga hingga empat kaki selama sepuluh hingga lima belas minit setiap hari.

Kemudian bacalah amalan yang diberikan sebanyak seratus (100) kali.

Tiupkan pada satu bekas air dan basuh muka dengan air tersebut.


Selepas membasuh muka, tepuk kedua-dua pipi perlahan-lahan. Tidurlah tanpa mengeringkan wajah dengan tuala atau kain. Air yang berbaki hendaklah dibuang ke dalam pasu atau batas tanaman sebagai tanda penghormatan. Tempoh rawatan minimum ialah empat puluh (40) hari dan maksimum sembilan puluh (90) hari. Wanita hendaklah menggantikan hari yang tertinggal kemudian.

Topics