Spiritual Healing
Untuk memperoleh kemuliaan melihat dan mencium kaki Nabi
Muhammad Ṣallallāhu ‘Alaihi Wa Sallam, Pemberi Syafaat kepada
orang-orang yang berdosa, Rahmat bagi seluruh alam, Penghulu dua alam dan
Pemimpin seluruh alam, Nabi Muhammad Ṣallallāhu ‘Alaihi Wa Sallam
lakukan amalan berikut:
Setelah salat Isya dan setelah selesai dari semua urusan harian, sebelum tidur pada waktu malam, bacalah amalan yang diberikan sebanyak tiga ratus (300) kali.
Kemudian pejamkan mata dan bayangkan kehadiran Nabi
Muhammad Ṣallallāhu ‘Alaihi Wa Sallam selama lima belas hingga
dua puluh minit.
Selepas itu, tanpa bercakap dengan sesiapa, teruskan
bayangan tersebut dan tidurlah.
Dengan keberkatan amalan ini selama dua puluh satu
(21) hari, insya-Allah seseorang akan memperoleh kemuliaan melihat dan mencium
kaki Nabi Muhammad Ṣallallāhu ‘Alaihi Wa Sallam.
Selepas memperoleh kemuliaan tersebut, masaklah nasi
manis dan berikan kepada anak-anak untuk dimakan.