Spiritual Healing

Penyakit-Penyakit Wanita

Keguguran dan Bayi Meninggal Sejurus Selepas Dilahirkan

Tidak sempurnanya perkembangan janin di dalam kandungan ibu atau bayi meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan. Keadaan-keadaan ini berpunca dari kelemahan sel-sel dalam otak ibu yang berperanan dalam pembentukan bayi. Kelemahan dalam otak ibu kebanyakannya disebabkan oleh tekanan mental, keputihan, dan suasana rumah yang tidak menyenangkan. Penggunaan ubat-ubatan yang kuat, tidak sesuai atau berlebihan semasa kehamilan juga boleh menyebabkan keadaan ini.

Di samping mengatasi sebab-sebab tersebut, azimat Ummu-ibyān (yang telah diterangkan pada permulaan kitab) hendaklah ditulis pada kertas licin berwarna kuning dan dipakai oleh ibu di leher sejak awal masa kehamilan. Setiap setiap hari Kamis pada waktu sore, azimat itu hendaklah diasapkan dengan kemenyan tanpa mengeluarkannya dari sarung kainnya. Selepas kelahiran, ibu hendaklah menanggalkan azimat itu dari lehernya dan memakaikannya kepada bayi.

Topics